Trent Alexander-Arnold
Trent Alexander-Arnold

Trent Alexander-Arnold

† Kemunculan (Gol).
Trent John Alexander-Arnold (lahir 7 Oktober 1998) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Inggeris yang bermain sebagai bek kanan untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool F.C. dan pasukan kebangsaan England.Dilahirkan dan dibesarkan di Liverpool, Alexander-Arnold menyertai kelab akademi Liverpool pada tahun 2004 dan kemudian menjadi ketua kelab di pelbagai peringkat belia. Beliau membuat penampilan pertama seniornya pada tahun 2016 ketika berusia 18 tahun, dan telah membuat lebih dari 100 penampilan kelab. Alexander-Arnold memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik Musim Liverpool pada tahun 2017 dan 2018. Pada tahun 2018, beliau menjadi pemain termuda yang bermain untuk kesebelasan utama kelab di perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA. Pada usia 20 tahun, beliau dicalonkan bagi anugerah Pemain Muda Terbaik PFA yang telah dinamakan dalam Pasukan Terbaik Tahunan PFA dan Pasukan Terbaik Musim Liga Juara-Juara UEFA. Alexander-Arnold juga menjadi pemain termuda yang bermain sepenuh masa dalam dua perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA secara berturut-turut, dengan menyaksikan Liverpool memenangi perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA 2019.Alexander-Arnold juga telah mewakili England di pelbagai peringkat belia dan membuat penampilan pertamanya seniornya pada tahun 2018. Beliau tampil di kejohanan Piala Dunia FIFA 2018 dengan menjadi remaja keempat yang memulakan pertandingan buat England dalam kejohanan tersebut. Beliau juga membuat penampilan buat pasukan England di kejohanan Liga Negara-Negara UEFA 2018–19 dengan menyaksikan pasukannya menduduki tempat ketiga.

Trent Alexander-Arnold

2016 England B18
Anugerah Peserta untuk  England Pingat kebangsaan Liga Negara-Negara UEFA 2018–19England Peserta untuk  EnglandPingat kebangsaan
2014–2015 England B17
2004–2016 Liverpool
Tarikh lahir (1998-10-07) 7 Oktober 1998 (umur 21)[2]
2016– Liverpool
Kelab terkini Liverpool
Nombor 66
Nama penuh Trent John Alexander-Arnold[1]
2016–2017 England B19
2013–2014 England B16
Posisi permainan Bek kanan
2017– England B21
2018– England
Tahun Pasukan
Tempat lahir Liverpool, England
Ketinggian 5 kaki 9 inci (1.75 m)[3]

Rujukan

WikiPedia: Trent Alexander-Arnold http://www.football-observatory.com/IMG/sites/b5wp... http://www.football-observatory.com/IMG/sites/b5wp... http://www.football365.com/news/16-conclusions-efl... http://www.goal.com/en-za/news/liverpool-record-ch... http://www.goal.com/en/news/liverpool-teenager-ale... http://www.liverpoolfc.com/fixtures2015/first-team... http://www.liverpoolfc.com/news/first-team/242420-... http://www.liverpoolfc.com/news/first-team/294961-... http://www.liverpoolfc.com/news/first-team/299076-... http://www.liverpoolfc.com/team/academy/player/tre...